KEISTIMEWAAN
SETEMPAT
A. SUP
SARANG BURUNG
Mahu
memiliki badan yang sihat dan bertenaga? Cubalah sup sarang burung. Sup sarang
burung ialah sejenis makanan tambahan yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh
manusia. Sup ini dihasilkan daripada sarang burung layang-layang. Antara
khasiatnya termasuklah :
- Menyegarkan tubuh badan
- Mengubati penyakit lelah , asma , sendi tulang
- Meningkatkan daya tahan badan
- Memelihara kecantikan
- Awet muda
- Mengelakkan penyakit angin ahmar dan kanser
Cara-cara memasak sup sarang
burung
Langkah 1~ 10 gram sarang
burung, semangkuk air dan lima biji kurma Cina
serta satu sudu besar
gula batu.
Langkah 2~ Rendam sarang
burung selama lebih kurang 30 minit agar sarang
burung tersebut lembut sekali.
Langkah 3~ Kemudian ,masukkan
sarang burung, kurma Cina dan gula batu ke
dalam sebuah mangkuk.
Langkah 4~ Masukkan mangkuk
berisi sarang burung ke dalam kukusan apabila
air kukusan mendidih. Kukus selama satu jam.
Pastikan air kukusan
itu tidak kering.
Langkah 5~ Sup sarang burung
ini boleh dihidangkan panas atau sejuk.
B. KELIP-KELIP
DI KAMPUNG KUANTAN
Di hujung kampung tinggal sepasang suami isteri,Pak Sahak dan isterinya Mak Munah. Mereka mempunyai seorang anak bernama Fuad. Kehidupan Pak Sahak sekeluarga amat sederhana.
Pada suatu hari, Keluarga Pak Sahak mendapat berita yang
mendukacitakan. Mereka diberitahu bahawa bekalan elektrik ke rumah mereka akan
terputus. Gangguan ini dijangka akan berlanjutan selama dua minggu.
Tatkala mendengar berita itu, Fuad berasa sedih. Jam
sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Namun matanya masih tidak boleh lelap. Hatinya
gelisah apabila mengenangkan peperiksaannya yang kian hampir. Sudah tentu dia
tidak dapat mengulang kaji pelajarannya dengan tenang dan selesa.
Dalam keadaan gelisah memikirkan berita itu, dia tidak
sedar pada pukul berapa matanya mula terlelap. Dalam tidurnya itu, Fuad
bermimpi dia didatangi oleh dua ekor kelip-kelip.” Mengapakah wajah kamu
murung, Fuad?” salah seekor kelip-kelip itu bersuara. Alangkah terperanjatnya
Fuad apabila mendengar pertanyaan kelip-kelip itu. Mukanya pucat , bagai ayam
berak kapur. Namun begitu, Fuad memberanikan dirinya. Dia pun menceritakan
masalah yang dihadapinya.
“Usahlah bimbang. Kami berjanji akan menolong kamu,” kata
kelip-kelip yang seekor lagi.
Tidak lama selepas itu, sekawan kelip-kelip datang ke
bilik Fuad. Kelip-kelip itu meminta Fuad mengambil sebuah balang.
Sejurus kemudian, semua kelip-kelip itu pun masuk ke
dalam balang. Serta-merta bilik Fuad menjadi terang. Fuad tersentak .
Rupa-rupanya dia bermimpi.
![]() |
Kelip-Kelip di Kampung Kuantan
pada waktu malam. |
Aktiviti
1. Bagaimanakah
keadaan kehidupan keluarga Pak Sahak?
2. Mengapakah
Fuad berasa bimbang apabila berlaku gangguan elektrik di rumahnya?
3. Berbincanglah
dalam kumpulan tentang peristiwa yang menarik dalam cerita di atas.
4. Senaraikan
nilai murni yang terdapat dalam cerita di atas.
5. Senaraikan
penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat dengan
menggunakan penjodoh bilangan di bawah:
C . MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN
![]() |
Menara Jam Condong Teluk Intan
setinggi lima tingkat ini merupakan satu-satunya bangunan yang condong di
negara kita. Menara ini menjadi daya tarikan kepada para pengkaji sejarah.
Kebanyakan daripada mereka berminat untuk membuat kajian tentang keadaannya
yang unik dan kedudukannya yang condong itu.
Mengikut sejarah, menara ini dibina pada tahun 1890 , oleh seorang hartawan
Cina yang bernama Leong Choon Chong. Menara ini dibina untuk dijadikan memorial
kepada Neol Danison, Penguasa Daerah Teluk Intan. Selain itu, menara ini juga
dijalankan mercu tanda bagi bandar Teluk Intan.
Menara ini sebenarnya mempunyai ketinggian lima tingkat sahaja tetapi kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat jika dipandang dari luar. Tingginya tujuh meter dan mempunyai 100 anak tangga.
Menara ini sebenarnya mempunyai ketinggian lima tingkat sahaja tetapi kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat jika dipandang dari luar. Tingginya tujuh meter dan mempunyai 100 anak tangga.
Reka bentuknya unik kerana
seakan-akan pagoda , bangunan yang terkenal di Jepun. Sewaktu bandar Teluk
Intan dibom oleh pesawat Jepun , menara ini hampir-hampir musnah. Hal ini
disebabkan terdapat sebutir bom yang digugurkan oleh pesawat Jepun telah jatuh
hanya empat meter sahaja dari bangunan ini.
Orang ramai dibenarkan memanjat hingga ke puncaknya yang tinggi sekali tetapi
tidak dibenarkan memasuki menara ini kerana keadaannya yang sangat
membahayakan.
Aktiviti
1. Mengapakah Menara Jam Condong menjadi tarikan?
2. Bilakah dan siapakah yang membina menara ini?
3. Bagaimanakah reka bentuk menara jam ini?
4. Apakah tujuan dibina menara ini?
5. Bincangkan cara-cara untuk mengekalkan warisan
sejarah ini.
sejarah ini.